GIIAS 2017: Daihatsu F-Sedan Concept – coupe 4-pintu Wakil kami kini sedang berada di hari pembukaan Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017, dan ia dimulakan dengan sesuatu yang menarik dari Daihatsu. Pengeluar kereta kompak berkenaan memperkenalkan model konsep DN-F Sedan untuk pertama kali bagi peringkat global, di pasaran eksport paling pentingnya itu. Model konsep berkenaan merupakan sedan yang direka sebagai coupe empat pintu – sesuatu yang baharu dan lain daripada yang lain seperti apa yang lazimnya Daihatsu bawakan sebelum ini. Ia sebenarnya akan diperkenalkan sepenuhnya pada petang ini, tetapi dibuka terlebih dahulu untuk tatapan menteri industri Indonesia ketika beliau merasmikan acara berkenaan secara keseluruhan. Konsep baharu yang dibawa oleh Daihatsu ini jelas berbeza sehingga anda sukar untuk mengenalinya sebagai Daihatsu sekiranya tidak dipadankan dengan lencana jenama berkenaan. Muka sedan ini direka sangat garang dan diberikan gril bersaiz besar bersama lampu utama dan juga lampu nyalaan siang LED yang direka tirus. Rekaan tirus tersebut turut diberikan pada bahagian belakang, yang direka memenuhi panjang bahagian tersebut dan turut menampilkan teknologi LED. Pada bahagian sisi pula, model konsep ini diberikan garis badan yang mengujakan – tirus seakan sedan elektrik Tesla. Ia juga menampilkan rekaan pintu yang dibuka seperti Mazda RX-8 dan tidak diberikan tiang tengah antara pintu hadapan dan pintu belakang (juga dikenali sebagai tiang-B). Rekaan pintu tersebut mungkin mustahil untuk dijelmakan dalam bentuk produksi kelak. Tetapi jika sebuah sedan kompak untuk Daihatsu dan Perodua dibina dengan garis badan sebegini, tentunya ia akan melahirkan sebuah produk yang sangat mengujakan bukan? Teruskan bersama kami untuk mengetahui spesifikasi penuh model konsep baharu ini.
DAIHATSU F-SEDAN CONCEPT – COUPE 4-pINTU KEREN HABIS - YouTube | |
12 Likes | 12 Dislikes |
2,117 views views | 11,134 followers |
People & Blogs | Upload TimePublished on 2 Sep 2017 |
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét